Manusia, aku tak terkecuali, suka sangat merampus-rampus bila tak dapat benda yang dia orang nak. Setakat merampus merosak diri sendiri tu... dia punya pasallah, kan. Tapi, masalahnya bila dia tak dapat benda yang dia nak, dia mula tuding jari kata orang ni jahat, orang tu kebas hak dia, orang yang kat sebelah orang tu menggatai tu sebab dia dapat, orang yang sebelah orang menggatai tu pulak pakai ubat guna-guna and the list goes on lerrr... Bila benda yang kita nak tak tergenggam dek tangan, payah kita nak salahkan diri sendiri atau fikirkan kekurangan diri atau ingat pada aturan yang ALLAH dah buat untuk kita.
Bertanyakan persoalan ini kepada isteri seorang imam, kenapa aku senang sangat gugur setiap kali mengandung, mudah saja jawapan yang ustazah itu berikan.
Ustazah: Sudah ALLAH tetapkan bukan rezeki kau. Jangan kau persoalkan atau menuding jari kat sapa-sapa. (Dah siap sedia dah nak marah suami yang kuat merokok masa tu... gegegege). Ambik anak angkat. InsyaALLAH, besar pahalanya.
Suami dia pulak kata: Rezeki seseorang tu, sudah ALLAH tetapkan. Kita kena usaha sahaja. Usahalah... cari rezeki kau di muka bumi ini. Nescaya, kau akan berbahagia dengan apa yang telah DIA peruntukan buatmu.
Terus sejuk hati aku bila dengar kata-kata mereka. Aku tanya lagi, bagaimana kalau aku tak nampak jalan yang telah ditetapkan olehNYA untukku.
Ustaz tu kata lagi: Apalah kamu ni!!! (uiks... ustaz mana boleh marah!!!) Mintalah ilham dariNYA. Setiap kali selepas solat, minta doa agar DIA turunkan petunjuk. Tak payah tunggu lepas solat pun boleh. Kita boleh meminta-minta bila-bila masa saja. Bila kita meminta-minta, maknanya, kita mengingatiNYA. Itulah yang DIA suka apabila hambaNYA meningatiNYA.
Aku mengangguk-angguk. Hati yang tenang menjadi lebih lapang.
Pada waktu lain pula, aku ajukan persoalan lain kepada sorang minah saleh, kenapa aku susah nak dapat kerja kat sini, dia pun jawab dengan senang.Miss K: Easy. Find another opportunity. If there is none, you create one.
Fullamak! Ter'blown' away aku dengan kata-katanya. Create the opportunity when there is none. Aku kata kat diri sendiri, sebab itulah dia orang ni senang hati memanjang. Cam tak ada masalah jek aku tengok. Aku pun nak ikut cara dia oranglah. Berfikir tentang alternatif lain kalau satu alternatif tertutup buatku. Buang masa jek tercongok kat depan pintu tu kalau dah tak ada rezeki aku kat situ. Naikkan darah aku jek, buat apa. Elok-elok badan sihat, jadi sakit pulak...
Kata Miss K lagi kat aku, don't create a mountain out of a molehill. Aman dunia kau.
Baik, cikgu!!!
**************************************
'Och, wud sum gift the giftie gie us, to see oursels as others see us.' These fine words from the poet Rab Burns neatly sum up the hardest task in the world of human relationships. We can have no idea how we appear in other people’s eyes. Even if we strive to make the right impression or wrestle for ages with the possible ways in which our words and actions might be understood, we’ll never get the whole picture. There will always be an element of mystery. And so it should be - for that’s part of what makes life challenging and interesting. Apart, that is, from when it is making it exasperating and exhausting.
'Och, wud sum gift the giftie gie us, to see oursels as others see us.' These fine words from the poet Rab Burns neatly sum up the hardest task in the world of human relationships. We can have no idea how we appear in other people’s eyes. Even if we strive to make the right impression or wrestle for ages with the possible ways in which our words and actions might be understood, we’ll never get the whole picture. There will always be an element of mystery. And so it should be - for that’s part of what makes life challenging and interesting. Apart, that is, from when it is making it exasperating and exhausting.
words of wisdom by Cainer


8 Cucu Komen:
OD, memang susahkan nak berfikiran positive. Ummi pun selalu macam tu bila dah negatif dah tak tau nak buat apa.
filosofi oh filosofi, mari ler berfikir sejenak
hmmm... sas juga kadang2 susah nak positif... tapi bila fikir2 balik, nampak gak positif... setuju dengan Miss K... :D
Salam Ummi...
Memang susah... tambah kalau masa tengah sakit ati. Emak OD selalu cakap, kalau marah kat orang, tunggu sepuluh saat baru balas. Kalau balas terus, memang nahas... dia tau anak dia ni camana, kan.
Salam Mak Su...
Marilah...
Salam Sas...
OD pun sama Sas. Manusia ni, sama je kot. Ha ah, bila dah duduk diam dan ajar diri fikirkan alternatifnya, mesti nampak yang positif. Miss K tu cikgu. Bila cakap yang bagus, memang bagus. Kalau datang gila dia... hah, dapat ler emel yang kotor... ekekeekeke... anyway, dia my best buddy kat sini. Straight forward jek tak ada selindung-selindung dah.
sy sentiasa memandang hidup dgn positif..masalah ttp ada di mana2...dgn siapa saja..bergantung mcm mana kita menerimanya...
:p take care
Salam Jie...
Kita belajar dari pengalaman, kan? OD pun sedang belajar ni... pelan-pelan... gegegegee. Have a great week. Mwah mwah mwah.
positif, memanglah...mudah untuk menyebutnya, tapi kdg2 sukar utk dipraktiskan (bercakap kpd diri sendiri sebenarnya...)
Salam Lara...
Samalah kita... orang kata, cakap memang senang, bila tiba membuatnya, ramai yang putus asa, kan?
Catat Ulasan