Ahad, Ogos 17, 2008

Tahniah

Pertama sekali, OD nak ucapkan tahniah kat Jijah aka Nozy yang sokmo nosy tu. Jijah sms OD kata dia dah dapat lesen kereta. Dia ambik lesen sebab nak bawak OD jalan-jalan naik kereta Kembara dia bila OD balik nanti. Elok ler tu ambik lesen sekarang. Praktis bawak kereta tu dan hafal-hafalkan jalan dulu. Tidaklah esok OD mengucap panjang masa Jijah bawak OD dan anney jalan-jalan... ahakz...


Kedua, OD nak ucapkan tahniah kat Ebriza pulak kerana buku baru dia keluar. Buku terbaru ni pasti hebat. Fasal hat tu tu kan dik, buat derk aje, okey. Just concentrate on things that make you happy.


Ketiga, kepada atlet Malaysia yang berjuang di Olimpik 2008, Beijing, Mohd. Azizulhasni, Josiah Ng, Rizal Tisin, Ahmad Marbawi, Wan Khalmizam, Amirul Hamizan, Chong Wei dan yang lain-lain. Tahniah, tahniah dan tahniah. Tak apalah... walaupun setakat ni kita masih belum memenangi apa-apa pingat (anney bukan main suka lagi dia sebab India menang 1 pingat emas. Berlagak! Menyampah aku). Mungkin rezeki kita murah dalam olimpik yang selanjutnya. Amin.


Dah bercakap fasal Beijing, OD nak lanjutkan tahniah kepada Michael Phelps, perenang USA yang memenangi 8 medal emas. Sejak lumba renang bermula, OD tak pernah miss tengok Michael Phelps beraksi. He's really the fastest swimmer in the universe. Faster than the fastest fish in the ocean. Congratulations.


Tahniah jugak kat Usain Bolt dari Jamaica. Memang betul thunderbolt. Tapi semalam OD rasa, kalau dia tak memperlahankan lariannya dan mendepangkan tangannya, mungkin masa yang dicatat lebih hebat lagi. No worries, mate. The gold is yours.

Acara sukan yang OD suka dah habis. Sekarang, boleh concentrate main scrabble dan crossword puzzles dengan anney. Buat exercise otak pulak.

8 Cucu Komen:

Kak Lady berkata...

Salam OD cayang...lamanya akak tak menziarah OD kesayangan akak ni...

OD apa khabar bersama anney...tentu aje sihat kan...sebab boleh main2 scrabble & crossword lagik...hehehe..

OD jgn lupa jugak tau...akak pun dah praktis2 bawak kreta untuk bawak OD jalan2 nanti masa kat malaysia... :P

Patut pun anney eksyen...dia dpt emas...kita cuma dpt perak aje...

Ok OD..take care...lebiu...Muuaahhh!!

MAMAMIA berkata...

Kita masih tengok Olimpik... tak kita lah sukan apa, nak tengok jugak...

Intan Rosnitta berkata...

Acara terjun2 belum habis kan OD. Ke intan yg terjun dlm mimpi ni... huhu :P

© EM Muhammad berkata...

Salam Kak Lady...
Okey... set... he he he.

Salam Mamamia...
Agak-agak, Alia boleh jadi Ratu Pecut dunia tak? Huhu...

Salam Intan...
He he he... a ah. Best gak tengok orang terjun-terjun tu. Tapi seriau takut kepala dia orang terkena papan lompat tu... sabar je aku.

abdullahjones berkata...

;)


jones

muadzlife berkata...

rajin nya melayan...huhuu..:)

Mak Su berkata...

tajuk buku, wow! mahakarya cinta....

© EM Muhammad berkata...

Salam Abdullah Jones...
;) jugak... ha ha ha

Salam Muadz...
Abis tu, karang dia suruh orang lain pulak melayan dia, camana? Tak ke naya... ha ha ha.

Salam Mak Su...
Tu lah... canggih, kan?