Sebenarnya, dah lama dah OD terima novel ni daripada penulisnya. Dah terlalu lama. Kebetulan, semasa tu OD sedang sibuk nak berpindah rumah (tak pindah-pindah lagi... ha ha ha) dan kawan-kawan yang datang membantu berkemas sempat angkut beberapa buah novel dari smorgasboard novel-novel Melayu yang OD letak kat atas meja semasa tu, termasuklah novel Hati Seorang Wanita ni, sehingga OD lupa yang OD pernah menjadi pemilik sahnya. Minggu lepas, OD pergi berkunjung ke rumah kawan dari Indonesia yang menetap di Cannington. Sembang punya sembang, langut punya langut, tengok-tengok, novel HSW terselit antara novel-novel Inggeris di rumah kawan tersebut. Apa lagi, OD pun tuntut balik hak OD tu. Jangan tak tahu, bukan mudah nak tuntut novel tu. Banyak songeh kawan OD tu tapi nasib baik NAB ada tulis nama OD kat halaman dalam novel tu. Jadi, kawan OD tu tak boleh nak nafikan lagi hak OD. Budaya pinjam-meminjam ni memang bagus untuk mengukuhkan tali silaturrahim tapi tak bagus untuk penulis. Royalti dapat sikitlah jawabnya... ha ha ha. Tapi OD dikecualikan, betul tak? Sebab OD duduk kat sini. Susah nak dapat novel Melayu kecuali kalau diterbangkan ke sini oleh MAS.
Sebelum OD melalut, biar OD tulis ulasan mengenai novel Hati Seorang Wanita oleh Norisah A. Bakar.
Ringkasan novel:
Hati Nur Asyidah terluka. Rumahtangga ayah dan ibunya hancur. Ayahnya berkahwin lain. Begitu juga dengan ibunya yang mengikut suami baru berhijrah ke Australia. Bagi Nur Asyidah, ayah dan ibunya terlalu mengikut perasaan mereka tanpa memikirkan tentang dirinya. Akhirnya, Nur Asyidah mula memberontak. Dia menjadi liar.
Ibu tirinya mengambil kesempatan ke atas tingkah-laku Nur Asyidah lalu timbullah fitnah. Nur Asyidah dihukum oleh ayahnya walaupun dia tidak bersalah. Akibatnya, pelajarannya terbengkalai. Dia dicampakkan ke kampung yang serba kekurangan dan tinggal bersama neneknya yang daif.
Hanya setelah neneknya meninggal, ayah mengambil Nur Asyidah semula. Semasa itu, hati Nurasyidah sudah marah. Sudah berdendam.
Namun begitu, hati seorang wanita sentiasa berubah. Begitu juga dengan hati Nur Asyidah. Perlahan-lahan, dendamnya hilang. Perlahan-lahan, marahnya padam. Akhirnya, dia menerima takdir ILLAHI.
Perubahannya itu memeningkan kepala ayahnya yang berasa bersalah dan sedang berusaha untuk memenangi hati puteri tunggalnya semula. Perubahan Nur Asyidah juga mendatangkan curiga di hati ibu tirinya yang suka menempelak tidak kira tempat dan masa. Pertemuan dengan Ikmal Razif membuatkan jiwa Nur Asyidah rindu walaupun pada mulanya kehadiran lelaki itu amat dibencinya. Rupa-rupanya, Nur Asyidah tidak bertepuk sebelah tangan. Ikmal Razif turut menyintainya. Tetapi sayang, Ikmal Razif intim dengan Norliza, kakak tiri Nur Asyidah.
Ulasan HSW.
Apa yang terjadi selepas itu, kenalah baca sendiri. Membaca seterusnya, OD dapat melihat pembalasan yang diterima oleh orang-orang yang menganiaya orang lain. Memang puas hati melihat Datin Rohani menerima padahnya. Norliza juga. Cuma Fuad saja yang nampaknya terlepas dari hukuman.
Watak Nur Asyidah berjaya menyerlahkan watak sebenar seorang wanita. Hati yang sentiasa berubah-ubah sehingga memeningkan kepala suami, ayah dan mereka yang bergelar lelaki. NAB berjaya mempamerkan watak seorang gadis yang terluka, yang belajar dari kesalahannya sehingga dia tidak sanggup melukai hati orang lain.
Tahniah kepada Norisah A. Bakar. Tahniah kerana membuat OD berasa bukan OD sahaja berperangai seperti Nur Asyidah. Tahniah kerana berjaya membuat OD menjiwai diri Nur Asyidah, membangkitkan kemarahan kepada Datuk Ariffin dan Datin Rohani serta keluarganya termasuklah Opah Esah yang tidak sedar diri tetapi akhirnya OD suka kat Opah Esah... ha ha ha. Tahniah kerana membuatkan OD ternampak-nampak Sumarni... huhu... seram tu. Dan tahniah kerana berjaya membuat OD menyampah dengan Ikmal Razif. Kalau cinta katakan cinta, jangan tunjuk eksyen aje... huhu... Tidak hairan mengapa HSW menjadi novel terbaik CESB dalam tahun 2007. Tahniah Nor Ash Burn. Mwah.

4 Cucu Komen:
salam opah...sudah ku jejaki kembali bumi perth..bila la nak jumpa ya...nanti nak pinjam novel hati seorg wanita..kakakakaka
Opah De .. sya tak berminat nak membaca novel2 cinta.. tak tau kenapa.. tapi kalau citer Harry Potter berulang kali sehingga hafal segalanya.
Macam budak2 kan
salam OD.. terima kasih kerna mengulas HSW dgn baik sehingga mendorong sy utk memperbaiki segala kekurangan di masa depan..
nk tanya nie... apakah patut sy pamerkan ulasan ini di blog sy? klu blh kata blh.. klu tak blh pun tak mengapa.. sy tetap menghargainya! terima kasih sekali lg!
-nor ash burn-
Salam Arsaili...
Patutlah semalam ku ingat-ingat tentang dia. Orait... bila nak jumpa? Mungkin sebelum puasa ni... kalau tidak, camana Arsaili nak belanja opah makan? Ha ha ha... lagi satu, nak pinjam novel apa, cakap aje. Yang ada, opah bagi ler pinjam. Yang tak ada, opah tak boleh ler kasi... huhu. Tapi kena pulangkan balik tau... macam buku library la jugak.
Salam Sya...
He he he... cuba try test baca. Kalau tak boleh jugak, memang sah tak suka. Harry Potter pun favourite OD. Baca berulang kali. Ajak Kadir dah baca ke Sya?
Salam NAB...
Dah betul, camana pulak. Tapi masih ada komplen jugak, kan... ha ha ha... Kalau NAB sudi letak kat sana, siapalah OD menghalangnya. Kecil tapak tangan, nyiru opah tadahkan.
Catat Ulasan