Rabu, Julai 15, 2009

Histeria

Dicedok daripada Berita Harian Online: 15 Julai, 2009

Kelibat Wanita Berkeliaran Punca Lima Histeria

ARAU: Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin (SMKSS) di sini gempar apabila beberapa pelajarnya histeria selepas mendakwa melihat kelibat wanita dalam keadaan mengerikan berkeliaran di pekarangan sekolah itu, pagi semalam.

Selain kemunculan wanita muda yang cuba membunuh diri dengan tali meliliti lehernya, beberapa kelibat lain seperti wanita yang mati dirogol dan dibunuh secara kejam turut dikatakan berkeliaran di sekitar kawasan sekolah, dipercayai menjadi punca utama kejadian histeria.

Keadaan itu menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan pelajar SMKSS yang baru pulang dari menyertai Latihan Perkhemahan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di Bukit Ayer dekat sini, meraung, meracau dan menangis secara tiba-tiba.

Malah, ada antara mereka mula bertutur dalam loghat Indonesia sehingga mencetuskan rasa takut di kalangan rakan, sambil menangis meminta tolong ketika cuba dirawat seorang pengamal perubatan tradisional, Nordin Jusoh.

Perkara itu diakui sendiri beberapa pelajar yang menjadi mangsa ketika ditemui. Malah, Nordin yang dipanggil pihak sekolah untuk meredakan keadaan turut mengesahkan apa yang disuarakan pelajar terbabit.
Pihak sekolah ketika ditemui bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen dan mengesahkan usaha membantu pelajar terbabit sedang dijalankan.

Sumber berkata, kejadian selama sejam bermula 10 pagi itu sebenarnya adalah lanjutan kepada serangan histeria yang dilaporkan berlaku di Bukit Ayer di sini, yang turut membabitkan pelajar sekolah sama, petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya lima daripada 32 pelajar SMKSS yang menyertai Latihan Perkhemahan JPAM di Bukit Ayer, dilaporkan mengalami histeria, sebelum dibawa pulang ke sekolah.

"Bagaimanapun, selepas tiba di sekolah, kejadian sama berulang apabila beberapa pelajar mula meraung dan berlari sambil menangis sehingga memaksa pihak sekolah menutup pintu pagar," katanya.

Tinjauan di pekarangan sekolah itu semalam mendapati beberapa pelajar yang baru dipulihkan dilihat berada dalam keletihan di beberapa lokasi bangunan sekolah, selain ada mengalami sakit dan lenguh sendi.
Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu membabitkan sekurang-kurangnya sembilan pelajar.

"Buat masa sekarang, keadaan semua pelajar yang menjadi mangsa dilihat stabil dan persekolahan dijalankan seperti biasa," katanya.

Catatan Opah:
Okey, bagi sesiapa yang tak pernah melihat orang terkena histeria ni, opah memang faham kalau komer tak percaya atau tak dapat terima cerita yang komer baca/dengar. Orang kena tengok dan alami sendiri dulu baru nak percaya tentang benda-benda macam gini. Tapi opah dah nampak dan alami sejak di Seri Puteri lagi (erm... tu kena serang dengan Hantu Kum-kum dan hantu ketap gigi), di Sekolah Menengah Sultan Abdullah, Chenderong Balai (dua tahun kat situ, dua tahun opah saksikan apa yang kawan-kawan alami) dan ITM Shah Alam (ITM ler, sebab masa aku belajor dulu, nama dia masih lagi macam gitu. Memula jadi kat Delima 3 - kes kawan satu batch kena sampuk dan the next year, kes orang minyak ceroboh Delima 2 pulak. Haru aku...)

Apa yang opah nak cakapkan kat sini, setiap yang berlaku ada sebabnya. Bukan berlaku saja-saja. Kalau tak silap opah, si pengacau kat SMSA tu adalah mangsa rogol dan bunuh. Dia nak orang cari mayat dia yang ditinggalkan di merata-rata tempat di dalam ladang kelapa sawit di belakang Asrama Puteri. Tak tahulah apa jadi lepas tu sebab habis SPM, opah blah dari situ.

Yang kat Menara ITM tu pulak, opah tak tahu ceritanya tapi orang minyak tu, memang sah perbuatan orang yang mengamalkan ilmu hitam (seperti yang berlaku di SSP jugak) sebab ustaz yang tolong 'membersihkan' kawasan kolej kami tu jumpa macam tokong dan juga darah serta mayat anjing hitam kat dalam ladang kelapa sawit (jugak). Tak tahulah opah sama ada ladang tu wujud lagi ke tidak.

Kita pun tahu, roh orang-orang yang bunuh diri ni tak diterima oleh langit dan juga bumi. Earthbound gitu. Jadi, ini teori opah. Bila pelajar-pelajar sekolah kat Perlis tu nampak kelibat wanita muda yang cuba membunuh diri dengan tali melilit kat leher dia dan juga kelibat wanita-wanita yang mati dirogol serta dibunuh dengan kejam (ini opah tak pernahlah alami atau dengar. Macam re-enactment lah pulak), opah rasa apa yang dia orang nampak tu adalah roh-roh yang earthbound dan cuba meminta bantuan untuk menyingkap misteri pembunuhan yang berlaku terhadap mereka.

Well, ada yang dah gelak kat aku. Tak kisahlah. Yang penting, opah nak luahkan jugak teori opah ni. Sebelum tu, opah nak buat penafian: aku bukan Melinda Gordon atau Allison Dubois tapi just Opah De yang suka buat teori mengarut.

Anyway, where were we? All right, kat menyingkap misteri. Budak-budak yang kena histeria tu pulak, baru balik dari Latihan Perkhemahan Jabatan Pertahanan Awam di Bukit Ayer. Jadi, pada pendapat opahlah, seeloknya pihak tertentu tengok-tengokkan jugak kawasan tempat mereka berkhemah tu. Terutamanya kalau kawasan tu adalah hutan rimba atau berhampiran dengan hutan. Bawa anjing pengesan sekali. Manalah tahu, kot-kot ada misteri yang tersimpan kat kawasan tu. Kot-kot kita dapat memberi jawapan kepada emak bapak orang, mengapa anak-anak dia orang masih tak balik-balik lagi ke rumah. Wallahualam.

Ni hanya teori opah je, orang tua yang tak ada kerja lain selain daripada mengelamun dan berangan-angan kosong... ngeh ngeh ngeh.

Anyway, opah masih musykil bab re-enactment yang ditunjukkan oleh kelibat wanita yang mati kena rogol dan bunuh tu. Budak-budak yang kena histeria tu, nampak tak wajah perogol dan pembunuh tu? Hmm... kena guna khidmat pakar hipnosis lah pulak nak dapatkan maklumat tu daripada pelajar-pelajar tu.

7 Cucu Komen:

kayteeze berkata...

Tie tak pernah alami histeria atau tengok orang yang kena histeria. Tapi, kesian laa, sebab mesti trauma.

Bila baca bab kat ITM tu, Tie ada teringat kisah sorang budak perempuan, masa tengah kawad kesastria, tetiba dia lari ke ladang kelapa sawit tu dan guling2 ke bawah. Jenuh orang lari kejar dia. Dia dah tak sedar.

Tie rasa qarin si mati atau syaitan tu yang menjelma... roh si mati tentu dah tak ada kuasa nak tunjukkan diri. Hmm... tak tau la alam ghaib ni.

© EM Muhammad/Oshun Muhammad berkata...

Salam Tie...
Opah tak belajar sampai mendalam pasal roh ni. Qarin ya, nama dia. Hmm... nanti opah nak cari info kat buku atau kat tenet ni. Thanks for the info. Btw, masuk akal tak teori opah ni? Patut tak pihak berkuasa tengok-tengok tempat tu?

maza berkata...

Pernah berlaku sekali pd maza.. histeria itu datang tanpa diduga sewaktu maza bersendirian di dlm bilik..

sedar2 air mata meleleh dan dikerumuni oleh sanak saudara..

maza pernah saksikan sendiri mereka yg terkena sampuk atau histeria ini... siap ada tu nak terbang.. kaki tak menginjak ke tanah dan seolah2 tergantung di awangan2...

tapi itu bukanlah satu permainan.. sedang ada beberapa orang kawan maza telah pun arwah dek kerana histeria dan sakit misteri ini. mereka pergi ketika usia masih muda, emak ayah mereka belumpun beruban lagi!

huhuhu

tahniah ms. oshun muhammad dgn pelancaran cerita sains fiksyen/remaja = Galatika yg terkini itew..

© EM Muhammad/Oshun Muhammad berkata...

Salam Maza...
Seperti yang opah katakan, hanya orang yang pernah mengalami dan melihatnya saja yang percaya kejadian seumpama berlaku, tak gitew (jenuh teman cuba mengejanya).

Sama-sama mr. Maza dengan ucapan mengenai pelancaran cerita sains fiksyen/remaja = Galaktika yang terkini itew... ekekekekekee... Maza tak nak tulis cereka sains fiksyen ke?

dhiya zafira berkata...

salam...

saya dulu sekolah asrama...so benda2 histeria ni dah lali jugak. dekat U pun berlaku...siap saya antara orang yang kena pegang kaki si histeria ni..sebabnya..kolej bukak bilik tv sebagai dorm budak baru...depa mungkin tak basuh bersih2 n malam tu pulak..acara berdisko kat bilik..so...faham2 jelah...
bila kami ajar dia baca auzubillah tu siap budak tu kata lagi." mana boleh..tu kawan ita tu.." hahhah seram...

maza berkata...

psst: maza nak tulis atas 'cakera padat' (CD writing / burner) pun maza terkial2.. huhhu.. ni kan pulak nak menulis cereka remaja2 gitew..

tapi entahlah.. huhuhu

© EM Muhammad/Oshun Muhammad berkata...

Salam Dhiya...
Hah... opah pun pernah kena. Ajak minah tu ambik sembahyang, dia ikut berwuduk tapi basuh kaki dulu. Pastu tiga suku pulak menda alah yang menyampuk dia, suruh aku ikut dia berwuduk ikut cara dia... sabar aje aku... he he he.

Salam Maza...
Siapa suruh tulis kat atas cakera padat. Tulis kat atas kertas la... ekekekekeeke...