Jumaat, Julai 17, 2009

Ingat Tak Entri "Hanya RM1" Yang Opah Tulis Dulu?

Hmm... ada kaitan tak laporan berita kat bawah ni dengan entri opah 'Hanya RM1' tu atau ianya hanya satu kebetulan yang amat manis?

(Dicedok daripada Utusan Online)
Tabung RM1, 1Malaysia dilancar
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 15 Julai - Kementerian Pertahanan hari ini menjadi kementerian pertama yang melancarkan program kutipan dana RM1, 1Malaysia, membabitkan seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu mengisi tabung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan.

Kempen kutipan dana itu akan dilaksanakan melalui dua fasa iaitu di peringkat agensi-agensi di bawah Kementerian Pertahanan sebelum diperluaskan ke peringkat formasi-formasi yang membabitkan semua anggota tentera.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha yang dilakukan oleh kementerian tersebut bertujuan mendidik masyarakat supaya prihatin.

''Kita mendahului kementerian lain dalam isu kebajikan bekas atlet kebangsaan ini kerana majoriti atlet tersebut adalah bekas anggota ATM.

''Kita tidak mahu mereka hanya disanjung semasa di puncak karier tetapi selepas bersara, keringat mereka yang pernah bergelar jaguh negara dilupakan tanpa bantuan yang sewajarnya,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Paduka Dr. Mumtaz Jaafar, bagi melancarkan tabung RM1, 1Malaysia peringkat kementerian itu di Wisma Kementerian Pertahanan (Kementah) di sini hari ini.

Ahmad Zahid turut memberi sumbangan peribadi untuk tabung itu sebelum diikuti oleh Timbalannya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad dan pegawai-pegawai tertinggi ATM yang lain.

Dalam pada itu, Mumtaz mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pertahanan kerana menyokong yayasan tersebut menjaga kebajikan bekas atlet kebangsaan.

Jelasnya, kini terdapat kira-kira 500 bekas atlet kebangsaan yang berdaftar dengan Yakeb dan majoritinya merupakan bekas tentera.

''Sokongan daripada Kementerian Pertahanan diharap akan menjadi ikutan kementerian lain selepas ini kerana RM1 bukanlah satu jumlah yang membebankan.

''Dengan sumbangan RM1 daripada setiap rakyat, bekas atlet sedar bahawa keringat yang pernah dicurahkan mereka demi mengharumkan nama negara dihargai,'' katanya.

10 Cucu Komen:

joegrimjow berkata...

opah berjaya mengubah malaysia!!!

Zareda Norman berkata...

hanya RM1, marilah kita sama sama menghulur kan OD kan.. kan.. kan

maza berkata...

hari ini hari Jumaat, jadinya mengambil kesempatan kempen Rm1 ini di masjid ajelah..

hehehhee

sya berkata...

Mungkin depa tanpa Opah ketahui dok membac blog jugak..

Sya gi esuk Opah.. tak sabau, sanggup tolak order dan tiket dah pun di tgn

deanz berkata...

Saje nak tanya...
apa kaitan gambar kat bawah tu dgn 1Malaysia...musykil... ;)

Mak Su berkata...

boleh juga

gonggok berkata...

kak...salam kenal. gonggok datang melawat

sya berkata...

OD sya baru balik dr tenguk HP.. best,nangis lagik masa Dumby mati.. they made the scene so sad..can feel how everybody is feeling.. nanti sya email citer panjang lagik k..

Nak citer kat sini nanti cam tuan punya blog le plak

emmuahhh

© EM Muhammad/Oshun Muhammad berkata...

Salam Joe...
He he he... Joe kot yang heboh-hebohkan Hanya RM1 tu...

Salam Zar...
Mariiiiiii...

Salam Maza...
Tak kisahlah kat mana, asalkan niat ikhlas, kan?

Salam Sya...
Mungkin lerrr... opah tak sabau nak dengar cerita Sya... tak sabau tak sabau...

Salam Deanz...
Saja nak tanya, Deanz tengok gambar awek cun aje ke? Ekekekekee... tak ada kaitan. Cuma opah rasa, dia tutup mulut ler, malu nak bukak cerita lama.

Salam Mak Su...
Apa yang boleh?

Salam Gonggok...
Salam kenal jugak. Silalah, jemputlah... akak nak ke rumah Gonggok lak.

Salam Sya....
Aaaarrrrr... meroyan aku... cepatlah ceritera. Tapi kalau nak menangis lagi, teruskan menangis dulu. Pastu baru cerita. Aduhai... ni yang tak sabar ni...

BelalangDewa berkata...

Datuk Zahid mewakili segelintir rakyat malaysia yang tahu mengingati jasa orang lama. kebanyakan rakyat malaysia termasuk dalam golongan Melayu Mudah Lupa yang pernah disebut-sebut Tun Mahathir...