Selasa, Julai 14, 2009

Minggu Yang Havoc...

Hampir dua minggu lepas, opah diterjah oleh satu ujian yang opah rasa telah memberi pengajaran terhadap opah dan juga kareer opah. Ujian ni bersangkutan dengan 'hak' yang dah dikembalikan kepada opah. Nyaris opah hubungi KPDNHEP (hah... tu dia. Panjang ya Rabb) dan juga peguam opah. Yang opah sempat hubungi ialah Puan Serbatahu dan Puan Mahkamah (wink wink). Tapi sahabat opah, Emma yang turut opah hubungi, dah calling calling talian aduan kementerian tu dan tunggu greenlight opah je nak hubungi abang dia, si lawyer handsome tu.

Anyway, syukur alhamdulillah, musibah itu berlalu tanpa pertumpahan darah... ngeh ngeh ngeh. Tapi mata helang opah ni akan sentiasa memerhati. Bukan opah saja. Emma dan encik lawyer juga akan terus mengawasi. Dan kali ini, opah tidak akan teragak-agak mengambil tindakan. Aku tak hantar notis lagi dah. Terus minta bantuan encik lawyer yang uruskan masalah. Habis cerita.

Kepada para penulis baru terutamanya, berhati-hatilah. I am lucky sebab dah harungi masalah ni di awal kareer lagi. From now onwards, opah akan extra berhati-hati, I tell you.

Orait, pagi Ahad kelmarin pulak, atuk anney bawak Incik Black jalan-jalan ke IGA (mini market) nak beli paper. Opah selalu ingatkan anney, jangan parking kat tempat sempit. Susah nak keluar. Tambah kalau kereta kat belakang tu kereta besar. Tapi biasalah... kita ni isteri aje. Cakap isteri mana boleh dipakai... kan?

So, lepas beli paper tu, anney nak balik ke rumah. Dia reverse Incik Black tapi tetiba, montot Incik Black terlanggar dengan muka lawa Miss FourWheelDrive. Sabar aje aku!!! Habis kemek. Montot Incik Black ler yang kemek. Muka Miss FourWheelDrive tak cedera pun. Tebal sungguh kulitnya. Muka dinding orang kata. Nasib baiklah jugak. Kalau tidak, teruklah kami nak kena bayar ganti rugi kat orang tu.

Lepas tu, anney balik ke rumah. Opah yang dah musykil (baca: syak dia bersembang dengan minah salih miang kat IGA tu) sebab dia ambik masa lama sangat nak beli newspaper, tak tanya apa-apa bila dia sampai ke rumah. Yalah, karang dia kata kita jealous lak. Naik pulak tocang dia sebab dia rasa saham dia masih tinggi... hu hu. Dia pulak tak cerita langsung tentang accident yang menjejaskan ke-rataan montot Incik Black tu kat opah. Malah, dia bersenda gurau dengan daku macam tak ada apa-apa yang berlaku. Ciss... siapa kata hanya isteri saja yang pandai scheming. Laki pun sama! So, bila dah nak masuk tidur malam semalam, baru anney bagi tahu kat opah yang "Incik Black had a lit-tle incident!" Berapa lama dia pause kat perkataan 'lit-tle' tu... aku pun tak tahu. Hai... sabar aje aku. Dia ingat, opah nak brush the matter off kot dan masuk tidur gamaknya. Of course not! Of course opah nak tahu apa kisahnya. Yalah, nak tahu laki kita cedera ke apa? Laki kita suffering from shock ke apa? Laki kita kena marah dengan orang tu ke apa? Laki kita... hai, kalau aku go on, memang tak cukup page ni.

Anyway, anney pun berceritalah apa yang terjadi. Sambil mengimbau kenangan yang berlaku, dia tersengih-sengih macam kucing jantan miang. Sakit jiwa aku menengoknya. Lepas habis bercerita, dia kata jom tidor. Oh! Tidak... macam mana opah nak tidur lepas dapat tahu laki sendiri accident? Aku pun apa lagi, mula bukak forum bersoal-jawab dengan dia. Yang paling opah nak tahu, betul ke mat salih pemilik Miss FourWheelDrive tu okay dan tak murka. Anney insisted, everything is okay.

Walaupun ketika itu resah memberat di dada (cewah), namun, kelopak mataku lagilah berat. Lagipun anney selamat dan Incik Black pun dengarnya, hanya dented aje. So, opah pun terlenalah... zzz....

Masa nak pergi shopping tengahari tadi, opah tengok kemek kat montot Incik Black. Ya ALLAH... bukan kemek sikit tapi... isy... ni yang opah rasa macam nak lawan lari relay 4X400 meter aje dengan anney ni. Heee... geram aku. Sian Incik Black. Tapi tak apalah... benda dah nak jadi. Yang penting, laki aku tak cedera. Tak gitu.

Apa lagi yang aku nak cerita... oh ya, Mak Su Mas dah pakai cincin tanda. Bakal mak mentua dia datang merisik pada hari Sabtu yang lalu. Syukur alhamdulillah. Insya-ALLAH, kalau tak ada aral, dia orang kahwin tahun depan. Bulan Jun atau Julai. Nampaknya, memang sah opah kena balik tahun depan. Yalah, Mak Su Mas adik bongsu opah. Kami dua orang aje perempuan pun. Jadi... opah kena hadir. 2011 pun opah balik lagi. Mungkin Aman, adik lelaki opah yang nombor empat tu pulak naik pelamin. Lepas tu, abah dan emak bolehlah lepaskan nafas lega. Semua anak-anak dah lepas, tak gitu abah dan emak... he he he.

Private (not) message untuk Sya: SYAAAA... lagi sehari je Sya. Mesti ketor lutut miker tak sabor tunggu orang bukak pintu panggung... he he he.

4 Cucu Komen:

Kujie berkata...

syukur alhamdulillah kalau masalah tu semua dah berlalu pergi

itu kan pengalaman..walau nk tercabut nyawa...hehehe

Abang Long berkata...

Salam sayang wahai OD.

Banyakkan bersabar dengan suami. OD cuma ada satu suami sahaja. Abang long pun cuma ada seorang isteri sahaja.

'buka pintu panggung' hahahahahaha..

Kak Long berkata...

Opah,
Masalah pertama....
Tapi syukurlah dah dapat menyelesaikannya dan mempertahankan hak opah.

Masalah kedua....
Hehehe, alhamdulillah, anney tak apa-apa. kereta boleh dicari kan opah.

sya berkata...

Opah.. sya bukan takat ketaq lutut dah berkobar2 sampai mimpi2 kena kejau dek "You know who"..

sya dah booking dah tiket nak tenguk citer kol 6 ptg 16 Julai. Memula ingat nak ponteng tapi sayang lak cuti. Tak pelah tenguk kol 6 pun jadilah.

Sya tenguk sorang je dulu... nak hayati sepenuhnya