Hari ni, opah terima pdf cover novel terbaru Oshun Muhammad bertajuk Galaktika: Azamaris Muncul Kembali. Oleh kerana aku tak reti macam mana nak copy gambar kat pdf jadi jpg, opah tangkap gambar dan letak kat sini. Sebab tulah kualiti gambar ni tak berapa canggih. Kalau nak tengok canggih ke tidak cover dia, tengok kat kedai-kedai buku, okay?
Tajuk novel: GALAKTIKA: AZAMARIS MUNCUL KEMBALI
Penulis: OSHUN MUHAMMADTajuk novel: GALAKTIKA: AZAMARIS MUNCUL KEMBALI
Genre: Sci-Fi/remaja
Penerbit: Buku Prima Sdn Bhd
Blurb kat belakang buku:
"Semua kekayaan Seris disimpan oleh maharaja. Rakyat hidup tertindas semenjak rampasan kuasa." - Mahas Tura.
"Tolong sikit! Azamaris pengecut! Aku adalah Puteri Lindungan Zaron yang akan membela nasib rakyat Seris!" - Amaria Fazleena (nama Ayong ni... huhu)
"Lohong hitam?" - Amsulis Alkurki
"Oleh kerana tak ada cara lain lagi, saya akan membuka pintu terowong cahaya dan membawa mereka ke sini." - Rukh Han.
"Tak jumpa? Bagaimana kamu tak menjumpai mereka sedangkan mereka berada di sini?" - Maharaja Kufran Opresa.



10 Cucu Komen:
wah..clap...clap...
akhirnya telur dah menetas!
Tahniah Opah...semoga terus cemerlang gemilang dan menjalang ...opppp ( mana raba ni, nk padam ) ....terbilang!
Salam Kujie...
Terima kasih. Terima kasih dan syukur alhamdulillah tu. Tapi bab jalang tu, jangan ler buat lagi. Tak baik tau...
perkhh,, satu lagi tugasan mencabar...
esok pepagi terpaksalah maza melangut di kedai buku.. huhuhu
Salam Maza...
Erm... opah tak pastilah sama ada dah sampai ke kedai buku atau belum novel tu. Tunggu minggu depan ler... huhu.
salam OD....
tahniah...tahniah...keluar juga buku OD..tapi saya menunggu buku yg satu lagi tu...hehehehe
OD...buku prima pun publish sci-fi ke? (baru tau ni...surprise beso)
Congrats OD... ada nama Rukh Han tu..he he he
sya tak jadi pegi ari ni... tak sampai hati nak tinggal anak2.. sabtu lah gamaknya
Salam Dhiya...
Terima kasih. OD pun tunggulah gambar thumbnail Dhiya kat bloglist tapi tak keluar-keluar lagi. Bulan depan kot. Sabarrrr...
Salam Izza...
A ah. Dia orang baru buat. Sci-Fi@Prima. Dan proudly, Galaktika adalah buku pertama Sci-Fi Buku Prima. Syukur. Jomlah hantar mss kat BP. Dia orang nak cari penulis sci-fi yang punya imaginasi tinggi macam Izza la... moh kita meriahkan lagi Buku Prima.
Salam Sya...
Terima kasih. Rukh Han tu siapa lagi kalau tak King Khan... ekekekeke... alaaa... apa tak jadi pulak? Opah dah berkobar-kobar nak emel Sya malam ni, nak tanya best ke tidak. Tak kisahlah kalau macam tu. Janji Sya cerita.
Salamz OD,
Wahh.. akhirnya.. akhirnyaa.. Lihatlah duniaa... lihatlah... ish ish lebih2 plak oang tua ni. gegege
Apa2 pun pokcik tumpang gumbira dan teruja gitu.
Tahniah daun keladi diatas kelahiran nvl remaja ini. Semoga akan terus mendapat sambutan yang tip top dan hebat. Yihaaa...
Salam Pokcik...
Terima kasih adanya. Aminnnn... semoga masih mulut Pokcik tu.
Catat Ulasan