Hari ni, opah sibuk mencari-cari butik yang menyediakan busana pengantin muslimah melalui internet. Mak Su Mas yang nak kahwin tapi aku pulak yang sibuk bagai... (ni tiru Zany ler ni, yang suka bebenor sebut perkataan bagai tu... he he he). Opah nak cari kain, tudung, lace dan sebagainya yang cantik dan berkualiti. Tukang jahit pun nak cari jugak. Mesti yang berkualiti tapi yang kami mampu, of course. Mak Su Mas adik bongsu. Kenalah buat beria-ia. Bukan nak berhabis sampai pokai tapi since opah tak ada anak, apa salahnya memanjakan adik sendiri, bukan?
Anyway, tengah sedap melayari laman-laman busana pengantin muslimah, sambil-sambil tu opah layari blog opah ni ha. Teringat pulak dah lama tak menjenguk ke shoutbox. Yalah, jauh bebenor ke bawah. Jenuh nak skrol. Selalunya bila nak baca mesej, opah baca yang lama-lama dulu. Memang dah perangai macam tu. Nak buat macam mana. Tengok-tengok ada mesej daripada Jun ku cayang yang rupanya sudah berkurun dia catatkan kat situ. Ampun, ya Jun. Tak sengaja. Dan juga mesej daripada Azie Jijot Amien yang berxpdc bagai... cewah, pandai dah aku guna 'bagai' ni, Zany... huhu... . Amboi... Jijot, ko panjat gunung apa? Lepas tu, bila opah baca mesej yang paling atas sekali, rasa nak tersedak aku. Punyalah terkejutnya opah bila baca mesej daripada editor opah yang cun melecun tu. Sabar aje aku dengan Misznina ni, buat gempaq kat opah kat blog opah pulak dia. Nasib baik opah tak jatuh kerusi... he he he. Menurut Misznina, novel remaja opah dah siap. Minggu lepas dia kata tengah print. Hari ni mesej dia kat shoutbox kata, dah siap. Aduhai... tak sabar aku dibuatnya.
Tajuk novel remaja itu ialah Galaktika: Azamaris Muncul Kembali dan kali ini, semua novel-novel remaja opah akan diterbit oleh Buku Prima yang canggih itu, insya-ALLAH. Bila opah dapat gambar covernya daripada Misznina nanti, opah akan letak kat sini dan juga kat blog Oshun Muhammad, okay?
Sebelum opah mengundur diri, opah ingin mengucap syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana telah mendengar rintihan dan rayuan hamba-NYA yang serba hina ini. Terima kasih, ya ALLAH. Terima kasih. Sejak akhir-akhir ini terutamanya, ya ALLAH, aku benar-benar dapat merasakan kasih sayang-MU. Aku dapat merasakan yang KAU juga menyintaiku sebagaimana aku menyintai-MU dan kekasih-MU, Rasulullah SAW. Aku akan terus bersujud syukur atas segala-gala yang telah KAU kurniakan kepadaku, Ya ALLAH. Tidak kiralah sama ada ia adalah khabar gembira atau khabar duka. Aku tetap bersyukur. Semoga KAU sentiasa memberkati dan merahmati hidup kami sekeluarga, ya ALLAH. Amin ya rabbial 'alamin.

6 Cucu Komen:
salam opah...saya tumpang gembira..moga kita menjadi kuat dengan ujianNya, perkhabaran duka mau pun gembira....
serius bagai jer ayat di atas...ahahah boleh tak guna term 'bagai' cam ni opah...nak gak test the water,..ahahahaha
opah,
apa salahnya bizikan diri dengan persiapan kahwin, syokkan.
nak jadi mak andam bagai ke hehe
Alhamdullilah Opah..
Amin ya rabbial 'alamin....
perlukan khidmat jurugambar?
kami mengalu-alukan anda untuk melayari web kami http://colourliciousphotography.blogspot.com untuk lebih lanjut.
kami sedang mengadakan promotion dan kami juga menyediakan pakej ekonomi tetapi amat berkualiti.
thanks.
Catat Ulasan