Selasa, Disember 01, 2009

BOYCOTT SWISS PRODUCTS! STOP GOING TO SWITZERLAND!

Switzerland is no longer a destination I want to go. It's out. All muslims in the world should boycott Swiss products and never set foot on that land again. That country is no longer a wonderful land fill with wonderful people. No longer! It is now full of crap and a bunch of racists. 

Jumaat, November 27, 2009

Lagi Amah Indonesia Mendera Bayi Dengan Kejam!

Dipetik dari Berita Online: 27/11/09
CCTV rakam amah hempas bayi ke lantai


TANJUNG MALIM: Seorang bayi perempuan parah selepas dipercayai didera pembantu rumah yang bertindak menghempasnya ke lantai sebelum mengangkat bayi malang itu dengan menarik rambutnya yang kemudian dihumban keluar dari bilik tidur ke ruang tamu di Jalan Kempas, Proton City, dekat sini.

Perbuatan kejam pembantu rumah warga Indonesia berusia 30-an itu disyaki dilakukan kira-kira jam 6 petang pada Selasa lalu ketika bayi berkenaan nyenyak tidur di atas katil manakala ibu bapa bayi berusia setahun lapan bulan itu masih di tempat kerja masing-masing.

Ketua Polis Tanjung Malim, Superintendan Mohd Ali Mat Nayan, berkata perbuatan terhadap bayi bernama Allysa Idrina Azizan itu dikesan ibunya selepas menonton semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam rumah mereka ekoran melihat kecederaan teruk pada tubuh anaknya.

Katanya, sebelum itu, bapa mangsa yang bekerja di sebuah bank di Teluk Intan diberitahu isterinya bahawa terdapat kesan lebam pada muka dan pipi anak mereka manakala biji mata kanannya berdarah selepas isterinya pulang dari bekerja.

"Ibu mangsa bersama pembantu rumah itu yang baru lapan bulan bekerja dengannya membawa Allysa ke sebuah klinik di pekan ini dan hasil pemeriksaan awal doktor mengesahkan kesan kecederaan pada muka dan mata bayi itu disebabkan terjatuh atau terkena hempasan atas permukaan keras .

“Oleh kerana tidak sedap hati dengan laporan doktor, , ibu mangsa melihat semula rakaman CCTV dalam rumahnya dan terkejut melihat pembantu rumahnya menarik kaki anak perempuannya yang tidur lalu menghempasnya ke lantai dan beberapa minit kemudian kelihatan wanita itu menarik rambut bayi perempuan itu sehingga terangkat kedua-dua kaki lalu mencampaknya dari bilik sehingga ruang tamu dengan kejam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Tanjung Malim, semalam.

Mohd Ali berkata, oleh kerana ketakutan ibu mangsa menelefon jiran meminta menemaninya dan menelefon suaminya di Teluk Intan sebelum membuat laporan di Balai Polis Behrang Stesyen kira-kira jam 1 pagi kelmarin.

Katanya, polis menahan pembantu rumah yang berasal dari Bandung itu kira-kira jam 2.15 pagi hari sama dan direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bebel Opah: Tersirap darah aku membaca berita ini. Kalau aku dapat amah Indon gila tu, memang dah aku lempar dia sebagaimana dia melempar adik Allysa. Kurang ajar. Bodoh. Inilah jadinya kalau kita bawa sampah masuk ke dalam rumah kita. Tidak fasal-fasal anak-anak kita yang tidak berdosa menjadi mangsa mereka. Sial!

Bagi ibu bapa yang berhasrat untuk mengambil amah Indon untuk bekerja di rumah kalian dan menjaga anak kalian, opah nasihatkan supaya membatalkan sahaja hasrat itu. Glamor ke bawa sampah masuk ke dalam rumah? Lainlah kalau bawa amah mat salih yang graduate dari sekolah khas untuk mereka yang berminat menjadi amah. Ini, lahabau mana entah yang korang ambik jadi pengasuh anak korang. Lepas tu bangga cerita ke sana sini, aku ada amah Indon. Amah aku bla bla bla. Tapi kat rumah, si amah menyeksa anak sendiri, tak sedar! Bagi mereka yang sudah ambil amah, silalah hantar balik. Tidak ada gunanya menanggung biawak busuk di dalam rumah. Bila-bila masa saja mereka akan naik hantu dan menyeksa anak-anak kita yang mereka jaga. Orang kata, beringatlah sebelum terkena.

Pasang CCTV pun tak ada gunanya dah sebab CCTV tu tugasnya untuk merakam perkara yang sudah terjadi. Anak sudah didera. Sudah sakit seperti adik Allysa. Apa gunanya pun? Anak tu akan menderita sepanjang hayatnya tetapi amah Indon gila tu, kena penjara selama 10 tahun saja. Kenapa tak sebat sekali? Sebatkan. Biar dia rasa kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh adik Allysa dicampak dan dihempas ke lantai. Sebat!

Kepada kerajaan Malaysia, kenapa masih bagi muka kat sampah-sampah ini? Kenapa? Sengaja nak merosaskkan anak bangsa ke? Bukan sahaja anak-anak didera tetapi moral anak-anak kita pun akan dirosakkan oleh mereka. Opah benar-benar minta kerajaan membatalkan pengambilan amah Indon ini sebab yang kita dapat adalah mereka yang low class. Binatang yang bertopengkan manusia. Hantar semula sampah-sampah ini pulang. Hendak tunggu sampai bila baru hendak ambil tindakan?

Hei, opah tak kisah kalau yang datang tu baik-baik dan buat kerja dengan bagus. Tapi kalau yang masuk tu buat kurang ajar macam amah Indon gila kat atas, mahu aku tak naik angin? Jangan bagi muka lagilah.

Semoga kejadian yang menimpa adik Allysa ini adalah kejadian terakhir yang berlaku kepada anak-anak kita. Amin.

Khamis, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum wbh cucu-cicitku. Opah dan atuk Anney mengkomer nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, maaf zahir dan batin. Bila makan sedap-sedap kat Malaysia tu, ingat-ingatlah kat opah di sini. Pura-pura ingat pun tak apa... hu hu hu.

Anyway, opah nak bercerita pasal Max lagi. Ala, cerita pasal kucing jantan sewel yang jadi kawan baik atuk anney itu. Petang semalam, seperti biasa atuk anney bersembang dengan Max dan tuannya. Opah pulak duduk di dalam rumah sambil menyiapkan kerja opah yang tak siap-siap lagi. Jadi, masa sedang ralit membaca tu, opah terdengar bunyi enjin kereta. Tak lama kemudian, bunyi tayar berseret pula kedengaran, disusuli oleh bunyi kucing mengiau macam murka teramat.

Opah terkezut gitu dan terus berambat ke pintu.

"Anney! Oi, anney! Kenapa? Kenapa dengan Max?" tanya opah. Dalam hati aku dah risau dah. Yalah, kot kucing sewel tu kena langgar dek kereta ke, meratap menghibalah aku selama 7 keturunan (dek kerana tak ada keturunan, beranilah aku cakap... ha ha ha).

Back to the story.

"Max gaduh dengan Cleo," jerit atuk anney mengkomer dari luar.

Mengucap panjang aku dibuatnya. Lega. Opah ingat Max dah kena langgar. Sabar ajelah aku melompat macam rusa kaki halus tu melompat toink toink kat tengah padang... he he he. So, opah pun duduk balik dan buat kerja opah balik.

Malam tu, masa makan atuk anney cerita kat opah. Alkisahnya, si Cleo adalah kucing betina yang jiran kami bela dan alkisahnya, Cleo adalah bini si Max. Menurut tuan punya kucing-kucing itu, Max memang pantang datuk nenek dia kalau si Cleo keluar pada waktu petang. Sebab itulah petang semalam, Max pergi serang Cleo sebaik sahaja kucing betina tu keluar ikut pintu khas kat pagar rumah sebelah. Bukan main garang lagi dia mencakar Cleo.

Dalam hati opah berkata, patutlah aku hanya tengok Cleo masa kucing betina tu nak berak kat kaki pokok-pokok bunga aku aje. Kalau masa-masa lain, memang tak nampak batang hidung kucing tu. Isteri mithali betul. Opah tanyalah kat atuk anney, kenapa Max tak bagi Cleo keluar?

"Dia jealous," jawab atuk anney. "Kalau dia ada kat luar, Cleo tak boleh keluar. Kalau Cleo keluar jugak, mesti kena serang. Kalau tuan dia orang dukung Cleo, Max akan gigit kaki tuannya itu. Selagi tuannya tak lepaskan Cleo dan tak angkat dia pulak, selagi itu Max akan gigit kaki tuannya."

Oh, ni kira marking his teritorylah gamaknya.

Semalam, kata anney lagi, semasa Max serang Cleo, tuan dia terus ambik Cleo dan dukung. Max pulak dah buat bunyi macam bunyi kucing ternampak hantu dalam filem Hollywood tu. Ganas gila si Max. Atuk anney kata, dia pun apa lagi, terus angkat Max. Memula, Max meronta-ronta tapi lepas tu dia mula buat perangai mengada-ngada dia bermanja-manja dengan atuk anney mengkomer. Hai... memang sah, jealous.
Opah tanya lagi, kat rumah dia orang tak gaduh ke?

Kata atuk anney, tuan kucing tu kata, kalau kat dalam rumah, dia orang hidup rukun damai. Baik gitu. Tapi di luar, memang dia serang habis Cleo kalau Cleo ikut keluar dari rumah.

Hmm... ni macam kes laki cemburu aje ni. Domestic abuse!!!

Isnin, November 23, 2009

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Pertama sekali, opah nak buat kenyataan. Opah benci the Logans yang buat Forrester Creations as their own. They are so full of themselves, the Logans. Stupid bimbos. Homewreckers. Menace to the society!

Dah. Habis dah marah aku.

Okay, seperti biasa opah pergi grocery shopping. Panas gila hari ni. Semalam sejuk sampai kena pakai sweater. Haii... macam manalah tak sakit seluruh badan. Lagi satu nak tahu tak? Maghrib masuk jam 8.00 malam. Siapa yang berpuasa awal bulan Zulhijjah di Malaysia, bersyukurlah maghrib masuk seperti biasa. Bulan depan, lagilah haru. Maghrib masuk jam 8.30 malam. Menguji kesabaran sungguh. Tak kisahlah. Ini memang betul-betul ujian. Dan setiap kali opah berasa lemah sesangat, opah fikirkan tentang anak-anak yang tidak langsung mampu untuk makan. Hanya minum air sahaja. Itulah tujuan sebenar berpuasa, kan?

Moga ALLAH memberikan kesabaran kepada opah.

Orait, kat mana aku tadi? Okay, grocery shopping. Sebelum opah nak kabor, kat Channel 9 dia orang siar filem Harry Potter sejak lima minggu yang lalu. Opah dah syak dah DVD dia nak keluar. Tapi yang opah hairankan tu, lepas HP ke-5 keluar, iklan pasal DVD tu belum keluar-keluar jugak. Tapi hari ni masa opah tengah santai di ruang tamu dengan anney, ada iklan pasal DVD tu. Aku pun apa lagi, heret atuk anney mengkomer ke Video Ezy untuk membeli DVD tersebut. Opah kena beli DVD sebab opah bukan macam korang, boleh tengok wayang... sedihkan?

Anyway, opah tak boleh tengok filem tu lagi. Not now sebab opah terlalu busy sangat dengan projek terbaru opah. Busy giler. Tak pernah terasa busy macam ni. Sabar aje aku. Ini pun sebab opah happy sangat nak cerita pasal DVD Harry Potter tu. Kalau tidak, gamaknya opah tak online langsung. Filem itu akan opah tonton selepas opah habiskan kerja opah pada hujung minggu nanti. Kira macam driving force untuk menyiapkan kerjalah. A bonus that I bought for myself (opah tak suka anney belikan hadiah untuk opah. He always buys things that I don't require! Hak hak hak... tak pernah menghargai langsung, kan? In my defence, opah selalu perhatikan atuk anney dan dengar kata-kata dia. Then I'll buy what he really wants for his birthday ke, anniversary ke, apa-apa ke. Aku tak pernah hentam keromo aje macam dia tau. Huhu... birthday dia next two months, opah tahu dah apa nak beli. Blue-ray. Shh tau. Shhh!)


Max tunggu depan pintu rumah... ekekekekeke... sian dia.



Hadiah untuk diri sendiri... yeay!

Selasa, November 17, 2009

Max

Oleh kerana Deanz si Semutzapi itu mintak opah bubuh gambar Max kat sini (walaupun opah dah bubuh dah dalam entri sebelum ni), opah pun snapped gambar Max petang tadi. Memula dia duduk malas kat luar rumah dengan anneyku itu. Max duduk. Anney berdirilah. Kalau anney duduk macam kucing, saja nak kena bambu dengan aku. Oleh kerana dia orang duduk nun jauh kat jalan, opah kena keluar rumah (opah jarang keluar rumah senja-senja ni. Takut 'kengkawan' nampak, demer ajak opah terobang pulak. Tak ke naya atuk anney mengkomer). So bila opah keluar, Max tiba-tiba aje meluru ke pintu. Sebabnya... opah tengah masak kari kambing. Bau gulai tu gamaknya sampai ke hidung dia. Dia pun apa lagi, tunggu kat depan pintu.

Tengok akal Max. Dia tahu, kalau opah duduk kat dalam rumah, mesti opah tak bukak pintu punya tapi opah dah ada kat luar. Kalau opah nak masuk, opah kenalah bukak pintu tu dulu, kan... dan dia dah siap-siap tunggu kat depan pintu tu. Bila opah buka pintu, sure dia terus melompat masuk dan terus ke dapur nak mengaco gulai aku... sabar ajelah. Dek kerana cemas, opah tak ambik gambar Max kat luar. Aku ni bukan boleh panik sikit. Mula menggelabah. So opah suruh atuk anney mengkomer distract Max dan bila dia gi gesel-gesel kat kaki atuk anney, opah terus melompat masuk ke dalam rumah. Nyaris aku tergeliat (pakai kasut tinggi maa... bukan kasut glamer tapi kasut hari-hari ni. Cuma tinggi sikit tumitnya) he he he.

So, dari dalam rumah opah ambik gambor Max yang berkejor ke pintu lepas dia sedor dirinya telah diperdayakan. Sian pulak opah tengok dia terkebil-kebil tunggu kita bukakkan pintu tu untuk dia tapi nak buat macam mana? Kalau opah bagi dia masuk karang, jenuh ler aku nak ajak dia keluar. Kot ler dia ajak opah main aci nyorok pulak kat dalam rumah ni, tak ke naya aku. Masa opah kecik-kecik dulu (baca: masa badan opah kecik dulu... hik hik hik), boleh ler jugak main aci nyorok. Sekarang ni, almari boleh menyorok dalam badan aku... keh keh keh.

Well, enough membebel. Ni hah, gambor Max dengan muka kesian dia tu. Sorry ler, gelap. Nanti bila opah beli kamera baru, boleh snap gambar yang terang-benderang. 


Atuk anney tegor Max. "Jadi jaga ke?"


Max tak layan, so atuk anney tengok ke jalan.


Max tunggu opah bukak pintu. Tak ada keroje aku aih!


Max buat muka merayu dia. Kalau dia nangis sampai keluar air mata dan merayu-rayu macam manusia, baru opah bukak. (kalau betul-betul jadi, aku jual ler kucing ni. Jual juta-juta lagi. Mesti ramai orang nak beli kucing yang boleh bercakap, kan?)


Gambar sama yang diperbesarkan. 


Ni gambar semalam. Nyombong dengan aku. Padan muka tak leh masuk ke dalam rumah!!!

Spring Cleaning

Fuh! Penat sungguh. Opah baru aje habis membersihkan rumah. Atuk anney mengkomer, macam biasa jadi mandur. You know, berdiri kat pintu sambil tangannya diletakkan ke belakang dan perhatikan opah membersihkan dari satu bilik ke satu bilik. Mata dia, macam mata mandurlah, dok perhati kot kot ler dia boleh kata, "You missed a spot!"

Nak kena dengan aku, cubalah cakap macam tu.

Since atuk anney ni suka merokok, tiap-tiap minggu opah kena lap dinding yang dah kuning kena tar rokok tu. Bayangkanlah kalau dinding jadi kuning, paru-paru atuk anney mengkomer entah kaler apa ler gamaknya. Paru-paru opah pun gamaknya dah kalerful sebab opah ni kira secondhand smoker kan? Malang sungguh nasib paru-paruku.

Back to the lap dinding thingy, masa opah tengah bersihkan skirting, atuk anney pun tanyalah kat opah:
Atuk anney: Do you need any help?

Opah: (Pandang atuk anney dengan rasa tak percaya) You can clean the walls, if you don't mind.

Sekarang, giliran atuk anney pulak pandang aku. Terkebil-kebil bijik matanya yang besor macam mata owl tu. Opah dah nak tergelak dah.

Opah: You regret asking?

Atuk anney bagi guilty sengih sambil mengangguk. Padan muka dia. Siapa suruh tanya?!

Macam kelmarin, opah cakap kat atuk anney opah dapat unofficial job offer. Tapi in Malaysia. Atuk anney tanya opah:

Atuk: If the money is good, will you take it?

Opah: Of course. Will you give up your life here in Oz? Will you be willing to go to Malaysia and live in the heat (atuk anney tak tahan panas. Putera lilin dia tu. Kalau panas sangat, dia cayo!)

Atuk anney tak jawab. Dia tengok TV dan hoping opah akan blah dari situ. Tapi opah berdiri kat situ dan tunggu dia bagi jawapan. Mata atuk anney masa tu, kejap-kejap kerling kat aku. Nak pastikan yang bini dia dah blah. Tapi opah terus berdiri kat situ. Pastu atuk anney mengkomer sengih.

Atuk anney: I regret asking you the question.

Opah: Well! I'm still waiting for the answer.

Dan opah kept standing there... ha ha ha. Padan muka. Tanya lagi aku soalan. Bila aku tanya dia balik, dah tak reti nak jawab.

Anyway, opah tetiba aje nak spring cleaning hari ni sebab opah nak start projek baru minggu depan. Opah memang macam tu. Bila nak start sesuatu kerja, mulalah aku bersihkan rumah. Macam menurun ler jugak tapi in a good way. Bagi some people, mesti heran dan tanya pasal apalah meletihkan diri sebelum nak start projek baru. Bagi opah, this is a way to say goodbye to the old project yang dah tattoed dalam kepala ni and welcome the new one with a clear mind. It's relaxing, cleaning. Cuma kalau atuk anney kaco aku, mahu aku cakor muka dia. Ngeh ngeh ngeh. Esok lusa opah tak akan sentuh the new project but I will take a break untuk install energy. Lepas tu, lepas body dah betul-betul relaxed, baru opah mulakan kerja tu. Harap-harap project ni akan berjalan without a glitch.

All the best to cucu cicit opah in everything you do. And all the best to me too. Mwah. Assalamualaikum.

Isnin, November 16, 2009

Aku Tak Suka Politik

Opah ambik keputusan untuk bercuti.

Dari Facebook, that is!

Dah penat dah aku berladang. Hasilnya... habuk pun tarak. Kerja aku tak siap. Kalau betul dapat duit, tak mengapalah jugak. Ni... dua tiga jam mengadap ladang virtual sampai otak jadi penat. Satu apa pun opah tak boleh buat. Hari-hari darah naik sebab kerja tak siap-siap. Lebih baik opah tulis kat blog. Habis tulis, habis cerita. Tak payah nak mengadap PC lama-lama.

Atuk anney mengkomer pulak makin mengada-ngada nak bermanja-manja dengan aku sejak akhir-akhir ni. Entah apa jadahnya entah. Makin tua makin mengelenyor! Aku lepuk-lepuk karang baru tahu. Hai... sabar ajelah. Nak jadi macam Max gamaknya. Kucing sebelah rumah opah ni, kalau opah panggil dia, dia buat nahin aje. Tapi kalau opah tengah masak, cepat aje dia terpacak kat depan rumah mengintai ke dalam. Kesian kadang tu tengok dia buat muka terharap-harap gitu. Tapi nak buat macam mana. Opah sengaja tak nak bagi dia masuk. Kotor pulak rumah opah nanti.


Max buat muka kat opah

Max terkezut opah ambik gambar dia masa dia tengah santai kat atas Incik Black. Ha ha ha... padan muka kau!

Max tak sihat sebenornya. Aterr... siapa suruh dia makan segala jenis cicak dan lipas yang ditangkapnya! Anak ular pun dia makan. Elok tuan dia bagi makan sedap-sedap, mahal-mahal, makanan dalam tin yang diimport gitu, dia gatal makan cicak dan ular. Padan ler dengan muka.

Okey, opah nak cerita benda lain sebenarnya. Ingat tak jiran no. 6 dan no. 7 yang berkelei hari tu? Alkisahnya, dia orang dah pergi court dan court tangguh sampai Januari untuk selesaikan masalah tu. Lepas kejadian tu, isteri si no. 7 tu selalulah datang menegur-negur kami. Selalunya dia menyombong. Senyum pun tidak. Bila dah jadi macam ni, uiii... bukan main lagi dia tunjuk baik.

Opah cakap kat atuk anney mengkomer, perempuan tu main politik. Beberapa minggu sudah, dia ajak kami lunch kat rumah dia. Atuk anney tolak dengan baik. Tuan si Max pun menolak. Tak tahu ler apa alasan dia bagi. Jadi, minah ni pun bengang ler jugak kat kami sebab tak nak terima jemputan dia.

Kami tak nak terima sebab:

1. Kami Islam. Mana boleh makan sesuka hati aje kat rumah orang kafir. Bantainya dia masak guna lard aka minyak babi, tak ke naya. Tuih tuih! Na'uzubillah.

2. Sebab masa dia ajak tu, dia dah cakap siap-siap tujuan dia ajak kami makan. Dia nak ajak kami bincang pasal cara hidup yang sepatutnya kat kompleks ni.  Maksud dia, cara hidup ikut style orang-orang barat kot. Kononnya kita orang Islam ni tak reti nak hidup secara civilized. (FYI, jiran no. 6 muslim. Jiran no. 7 tak tahu kot kami ni pun muslim). So, orang-orang yang tak boleh hidup aman damai dengan orang lain patut dihalau aje dari sini. Lepas tu dia kata, kami tak payah cakap apa-apa. Dengar aje dia cakap.

Banyak cantik muka dia! Ingat kita nak ikut aje telunjuk dia tu sedangkan sebelum dia pindah ke kompleks ni dulu, kami semua hidup aman damai. Tak pernah pun ada yang bergaduh. Sejak dia pindah ke sini, macam-macam jadi. Kalau ikutkan opah ni, orang yang patut dihalau dari sini bukannya jiran no. 6 tapi dia oranglah!

Anyway, since tak ada orang yang pergi ke lunch dia tu (even Phil yang selalu busy body pun tak pergi) dia dah tak friendly lagi dah dengan kami. Bila dia balik kerja dan nampak anney sembang dengan jiran-jiran lain, dia hello hi bye aje. Kalau tidak, masa dia nak melobi kami ambik side dia, mesti dia datang bersembang sebelum mencucuk. Aku cucuk bijik mata tu karang, baru tahu.

Opah tak suka orang menghasut ni. Orang jenis busuk hati. Jahat!

Lepas tu, kami ingat dia akan diam dan cuba hidup rukun damai dengan kami tapi rupa-rupanya dia cari alternatif lain. Dia beli anjing. Alaa... anjing snoopy tu. Sebijik. Kalau kartun, memanglah comel tapi in real life, anjing tu ler anjing yang paling hodoh aku tengok. Kepala dia lebih besar daripada badan. Kalau berjalan tu, memang boleh tersungkor!

Dia tahu jiran no. 6 tu Islam dan petang-petang dia orang selalu bawak anak-anak dia orang main kat padang depan rumah kami ni. Sejak beli anjing ni kan, jiran no. 7 ni selalulah bawak anjing hodoh dia tu ke padang, pada masa yang sama anak-anak jiran no. 6 ni bermain kat situ. Busuk hati ke tidak? Opah kata, dia buat macam nak annoy jiran no. 6 tapi jiran-jiran lain yang can see through her (isteri jiran no. 7 ni yang jadi mastermind. Laki dia nampak macam jenis bodoh je) yang annoyed dengan dia. Opah harap, dia orang akan berpindah dari kompleks ni.

Well, panjang pulak aku menulis hari ni. FYI cucu cicitku sekalian, sejak opah ber-FB, memang semangat nak menulis tu hilang. Macam hilang kata-kata, gitu. Yalah, sebab selalunya opah menulis kat blog. Kira asah dirilah, kan. Tapi kat FB tu, opah hanya berladang. Demi masa depan, opah terpaksa berhenti ber-FB dan tumpukan perhatian kat kerja dan juga blog opah ni. Sian kat dia... huhu.

Orait, opah nak mintak diri. Nak gi grocery shopping. Karang atuk anney mengkomer bengkek aje dengan opah sebab opah tak dapat nak siapkan lunch dia sebab tak ada barang makanan kat dalam rumah ni. Jangan marah kat biwi. Karang biwi mogok masak, baru tahu...

Sabtu, November 14, 2009

Baca Petikan Berita Ni...

Lelaki mengamuk mati ditembak
(Dipetik dari Berita Harian Online 14/11/09)


KANGAR: Seorang lelaki bersenjata pisau yang mengamuk berhampiran pusat khidmat wakil rakyat Guar Sanji, dekat sini, hari ini mati ditembak selepas dikatakan menyerang seorang anggota polis yang cuba mententeramkannya.

Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustapa, berkata dalam kejadian pada jam 8 pagi itu, Mohamad Taufik Noorzan, 21, mengamuk dan mengancam untuk membunuh rakannya yang tinggal berhampiran pusat khidmat wakil rakyat itu.

Polis melepaskan satu das tembakan amaran ke udara namun lelaki itu yang dalam keadaan tidak terkawal emosinya terus menyerang anggota polis menyebabkan satu lagi tembakan dilepaskan dari jarak dekat dan terkena badan lelaki itu, katanya.

Jamshah, bagaimanapun, enggan menyatakan bahagian badan lelaki itu yang terkena tembakan.


Mohamad Taufik yang juga peniaga makanan di Arau disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Beliau berkata, kejadian itu bermula kira-kira jam 5.30 pagi apabila lelaki terbabit dikatakan menyerang rakannya, seorang kontraktor berusia 23 tahun dengan sebatang besi dan kayu hingga cedera.

Dia yang masih tidak puas hati dengan tindakan itu pulang ke rumahnya pada jam 6 pagi dan mengambil sebilah pisau, dan ketika dalam perjalanan ke rumah kontraktor itu, dia singgah di balai polis Arau untuk memaklumkan niatnya, katanya.

Jamshah berkata, dua anggota polis yang bimbang dengan ancaman lelaki itu mengekorinya dan cuba memujuk lelaki itu, tetapi keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan enam lagi anggota polis turut membantu mententeramkan keadaan.

Sementara itu, ibu Mohamad Taufik, Salmiah Ismail, 45, berkata, beliau dimaklumkan anaknya sedang mengamuk oleh anggota polis yang datang ke rumahnya dan ketika beliau dan suaminya, Norizan Abdul Rahim tiba di lokasi kejadian, anaknya telah terbaring berlumuran darah.

Salmiah turut mempertikaikan tindakan polis menembak anaknya sehingga mati.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid, turut mempertikaikan kewajaran polis menembak Mohamad Taufik pada anggota badan yang tidak sepatutnya.

"Saya tidak pertikai tugas polis tapi mengapa tidak ditembak bahagian kaki atau lepaskan sahaja tembakan amaran ke udara," katanya. - Bernama

Bebel Opah: Kesiannya kat arwah. Yang opah kesiankan tu, dia singgah kat balai polis dulu untuk maklumkan tentang niatnya. Ni pendapat opah ajelah. Kalau orang benar-benar jahat, dia tak singgah ke balai polis dah dan beritahu kat polis tu yang dia nak mengamuk. Dia terus mengamuk aje. Jelas di mata opah, it was a cry for help. Dia mahu pihak polis yang dirasakannya boleh membantu mententeramkannya do just that. Mententeramkannya dan larang dia melakukan jenayah tu. Bukan tembak dia. Betul jugak kata Ahli Parlimen Padang Besar tu, kenapa tak tembak kat kaki? I mean, kalau arwah benar-benar bahaya, memang dia dah bunuh dah kontraktor tu.

Opah masih ingat filem-filem lama, kalau ada orang mengamuk, mesti pak imam ke, pak aji ke, ketua kampung ke kata, "Sabar... sabar... ingat kat Allah. Mengucap dan ingat kat Allah." Dan selalu kita tengok, si pengamuk akan tenang. Mungkin dalam filem aje kita boleh buat gitu tapi opah yakin, bila kita ingat kat TUHAN Yang Maha Esa, sudah tentu kita akan berasa tenang dan aman. Mungkin di masa depan, kita boleh praktikkan cara tu. Lengkapkan anggota-anggota polis kita dengan pengetahuan agama agar mereka dapat menggunakan pengetahuan itu untuk mengawal suasana agar tidak ada kejadian buruk berlaku. Insya-ALLAH, orang-orang yang terdesak dan memerlukan bantuan seperti arwah dapat dibantu. Insya-ALLAH.

Sekali lagi, ini pendapat opah saja, ya. Opah sarankan pihak polis menyiasat kontraktor yang kena belasah tu. Siasat mengapa arwah bertindak memukulnya. Opah rasa, tak ada orang yang nak pukul saja-saja. Mesti ada sebabnya. Yang mencuri, pukul sebab mencuri. Yang meragut, pukul sebab nak meragut. Yang nak rogol dan bunuh, pukul sebab nak rogol dan bunuh. Tak ada orang yang jalan-jalan kat tengah jalan dan PANG!!! pukul orang, kecuali orang gila. Opah betul-betul minta pihak polis siasat kontraktor tu. Bukan nak salahkan mangsa tapi tindakan arwah tidak langsung masuk akal.

Anyway, opah doakan semoga roh arwah dicucuri rahmat. Penderitaannya di dunia ni dah berakhir. Moga Allah ampunkan segala dosa-dosanya dan meletakkan rohnya bersama roh orang-orang mukmin. Bagi keluarga arwah, redhalah dan berdoalah semoga kebenaran akan terserlah.

Dua Tiga Kucing Berlari...

Lamanya opah tak update blog ni. Kesian kat dia. Tak apalah. Lepas ni opah cuba rajin-rajinkan diri menulis kat sini. Kat mana lagi nak belajar menulis, kan?

Hari tu, entah hari apa entah, opah bersembang dengan orang yang opah percayai. Kami bersembang pasal agama ni. Yalah, kat sini walaupun ada material agama tapi tak sama. Mazhab tak sama kot sebab mostly, material tu disediakan oleh orang-orang dari Asia Barat. Anyway, bila opah sembang dengan orang yang opah percayai ni, dia tanya pasal solat subuh. Oleh sebab waktu subuh sekarang masuk jam 4.27 pagi dan habis jam 6.10 gitu, opah cakaplah kadang tu terlewat bangun dan terlepas subuh. Jadi sekarang tak boleh bangun jam 5.40 am dah. Memang tak sempat punya. Tapi orang yang opah percayai tu kata, walaupun kita bangun tidur jam 9.00 pagi, kita boleh tunaikan solat subuh dan tak payah qador, asalkan kita belum bangun sebelum tu. Yalah, sesetengah orang bila dah penat sangat, bangun jam 5.30 am contohnya. Lepas tu dia rasa penat bebenor dan tidor balik. Kononnya sekejap tapi terlepas waktu subuh. Hah, yang tu tak boleh.

Soalan opah: Boleh ke begitu? Opah musykil jugak sebab apa gunanya ditetapkan habis waktu solat dan wujudnya waktu syuruk kalau kita boleh solat bila-bila masa, kan?

Well, dua minggu ni hectic sangat buat opah. Penat seluruh badan. Minggu lepas bawak anney pergi jumpa Dr. SS dia. Minggu depan pulak ada appointment lain. Hari ni opah benar-benar berkebun kat depan rumah tu. Dah penuh dengan weeds dah lawn opah. Penatnya badan tua aku ni... adeh... . Otak pun tak jalan. Kerja yang opah buat tak gerak-gerak langsung. Statik gitu.

So (tolong jangan gelak, ya) opah pun ambik keputusan untuk ambik cuti selama dua minggu. Biar selesai semua urusan anney, baru opah buat kerja opah. Tengok, pengorbanan seorang isteri. Kalau tak hargai jugak, aku ketuk dengan kuali! Ekekekekeeke...

Okeylah, opah nak masuk tidor. Dah jam 10.00 malam. Esok nak bangkit awal. Nasiblah, siapa suruh pilih duduk kat Oz, kan? Padan muka aku. Assalamualaikum dan ceria-ceria selalu. Mwah mwah mwah.